THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Teman Setia

Friday, 28 September 2012

:)

Pagi yang indah..seindah suria memancar pagi ini :)

Thursday, 27 September 2012

Morning Love

Selamat Pagi Cinta

Wednesday, 26 September 2012

Alhamdulillah

"Bersyukur ke hadrat Ilahi atas kebahagiaan yg tidak terhingga. Kadang-kadang Allah sengaja hadirkan hujan berpanjangan, menguji dengan seberat-berat ujian, melihat sejauh mana kita mampu bertahan dan terus bertahan..sehingga Allah datangkan pelangi yg sangat indah".

AMEEN YA RABBAL A'LAMIN

Tuesday, 25 September 2012

Diet oh Diet

Perut ku yg comel momel uhhhh seksa tgk..seksi sngt..hmmmmm bila la nk kurus yea?OK!Pasti boleh!Yakin boleh!Hehehe takut jugak baru nk on diet tetiba rezeki pregnant pulak..kikiki..sabar yea sayang..Sempena ulangtahun kelahiran yg ke 26 hehehe muda lagi tau...maka sy mengishtiharkan memasang niat untuk menjaga kesihatan..tapi kan..di sebalik kepeningan nk kurus..ada jugak part happy bila sometimes pegi jalan-jalan, mereka2 yg comel mengusik2 little CHIMMY yg comellllll vomelllllssssss and they say, comelnye adik awak..( sambil menahan tawa ).Org ini perli ke hape yea?Ini bukan adik sy ini buah hati sy. Nak kata bangga jangan sesekali, riak namanya but bersyukur, Alhamdulillah. Ibu comel anaknya sure la berdoule-double comels kan?hehehehe..Pesan pada diri sendiri..di mana ada kemahuan di situ ada jalan, so from now on no more High Carbs (gerun sngtttt). No more makan malam a.k.a supper..hmmm masalah juga ni sebab ada jea wajah-wajah kesayangan hamba yg suka memaksa sy makan malam especially my MOM..Dan bila time gaji jea mulalah my pretty lovely sister YIYIN (panggilan manja Hakim untuk mak lang dia) mengajak makan mende yg berdouble-double nih...MCD jom katanya..alahai..also my adik angkat yg senget a.k.a ngok ngek EYMA yg suka suruh sy masak (sbb sy pandai masak taw) hancusssss dietku dan selalu sangat kecundangkan diri sendiri.OK OK OK!Full stop!Kata nk jadi supermodel cam Erra Fazira tuh kan kenalah korban sikit, muka awak dah comel tinggal badan je kasi cantik sikit hehehehe (pujilah diri sendiri sebab nk sedap an hati).Bermulalah azam baruku semoga direstui Allah dan dipermudahkan segalanya.Ameen.

Terlanjur suka dengan SUAMI ORANG - lets check it out

Jawapan:

Cinta tidak mengenal siapa, harta, atau rupa. Memang semua jodoh dan ketentuan itu di tangan Yang Maha Esa, tapi kita sebagai hambaNya harus mendoa agar jodoh yang diberikan itu dapat membimbing kita kearah kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Bukan apa, saudari terdapat banyak halangan apabila bercinta dengan suami orang ini. Di bawah ini jom kita share 10 sebab kenapa kita dilarang bercinta dengan suami orang.

 1. Si Dia Tidak Akan Berani Membuat Sebarang Komitmen Dengan Kamu
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri.
Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. Sanggup Menipu Isterinya
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu.
Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. Hubungan Secara Sulit
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah.
Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. Lelaki Lebih Beruntung
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami ‘kerugian’ kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah.
Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. Mampukah Kamu Mencintainya?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya.
Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. Si Dia Akan Hilang Hormat Terhadap Kamu
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya.
Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. Pemusnah Rumah Tangga Orang Lain
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri.
Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. Kamu Menipu Diri Sendiri
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. Berwaspadalah Dengan “Boomerang Kesalahan”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru.
Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita.
Haiiiii.. Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. Masa Itu Emas! Dan Kamu Tidak Sepatutnya Mensia-Siakannya
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi.
Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua. Khususnya wanita. :-)

*Special Note* - Ingatlah apa saja yg berlaku pasti ada balasan samada baik mahupun buruk. Jangan merampas hak org lain kalau tidak mahu hak kamu dirampas org lain.